Zaman telah berubah?
Persepsi berubah?
Keadaan berubah?
atau... manusia yang berubah?
Mak saya (yang berusia 52 tahun) kini berada di rumah saya sejak 3 bulan yang lepas. Kedatangan dia memang banyak meringankan segala bebanan saya... macam inda mo kasi dia balik kampung lagi tapi kesian jugak dia macam boring pulak lama-lama di sini...
Disebabkan faktor peredaran masa yang begitu cepat, saya sendiri tidak sedar sudah sejauh mana saya berada... apa yang pasti, tutur kata mak macam mengungkap banyak kenangan masa saya kecik-kecik dulu... kadang-kadang saya akan memperbetulkan ayat-ayat dia mengikut keselesaan semasa saya, lepas tu saya akan berasa bersalah.
Kamu pernah mengalami keadaan inikah? Especially siapa yang sudah lama tinggal jauh dari keluarga.
Mak, apa ko masak ari nie?
Guring ayam.
*Buka periuk* Mak! ni kan ayam masak kicap!
Apa-apa masakan ayam yang melibatkan minyak adalah AYAM GORENG.
*Tinguk Buletin Utama*
Ni perintah ah... banyak butul mo ubah!
Bukan perintah la mak.... KERAJAAN!
Kerajaan lebih dikenali sebagai PERINTAH di kalangan orang-orang tua di Sabah.
*Tinguk drama*
Mak, siok ka cerita ni?
Erm... lawa ni cerita ni, lawa betul si fasha berlakun!
Mak, bukan lawa! Cerita ni MENARIK, PANDAI si fasha ni berlakon!
Apa-apa yang menarik adalah dipanggil LAWA!
Orang tua ni akan meneruskan kehidupan dia mengikut kebiasaan dia, saya sedar bukan dia yang berubah tapi SAYA! Disebabkan taraf kehidupan dan pendidikan yang saya ada pada masa sekarang, saya semakin janggal untuk mendengar ayat-ayat yang suatu ketika dahulu tidak mendatangkan masalah pada diri saya pun. Saya bukan berniat untuk men'transform'kan dia untuk sebati dengan kehidupan saya tapi saya kadang kala mahukan dia peka dengan perubahan (silly me... yes I know!)
Walau apapun, saya bersyukur dengan apa yang ada, kadang kala saya rajin menyakat dia hehe... kesian orang tua tu... saya bukan marah dia pun, cuma kadang-kadang bila saya terkenang kembali, boleh tersenyum simpul jugak!
2 comments:
hehe...klasik ba tu..my parents klo dari segi bahasa teda perbezaan sngat dgn moden punya. mayb bcoz dorng blum smp 50 lagi..
selagi mak kita gembira, kita pun akan rasa gembira..
teringat mak saya, waktu kecil dulu dah cukup saya risaukan hati dia. now it's my turn to pay back
Post a Comment